
HISAZ CATERING & ENTERPRISE
"Seperti masakan mak..."

Tentang Kami
Hisaz Catering & Enterprise dan perniagaan
Warung Di' Masjid ditubuhkan oleh Haji Ismail Bin Haji Roslon dan isteri, Puan Azzah Binti Johar.
​
Hisaz Catering menyediakan perkhidmatan katering
untuk Majlis Perkahwinan, Majlis Korporat dan
Majlis-majlis Istimewa seperti cukur jambul, aqiqah dan lain-lain.
​
Khidmat katering kami tertumpu di kawasan sekitar Serdang, Seri Kembangan, Kajang, Bangi, serta kawasan-kawasan yang berhampiran.
​
Berpengalaman menjadi katerer di kafeteria Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) selama setahun, Hisaz Catering & Enterprise kemudian mengambil alih perusahaan Warung Di' Masjid sepenuhnya daripada pemilik asal pada tahun 2011.
​
Warung Di' Masjid dinamakan sedemikian bagi melambangkan lokasinya yang terletak bersebelahan Masjid Kompleks Pertanian Serdang dan Ma'had Tahfiz Darul Azhar.
​
Warung Di' Masjid beroperasi dari jam 6.30 pagi
hingga 4.30 petang setiap Isnin hingga Jumaat. Menyajikan pelbagai jenis sajian Melayu seperti nasi campur dengan pelbagai jenis lauk serta masakan panas pasti akan menggamit memori
anda akan masakan mak!
